Sebaik habis kursus di USM Kubang Kerian, saya diminta oleh PPD untuk membuat ujian saringan bagi mengenalpasti murid-murid yang bermasalah di beberapa buah sekolah sekitar Besut. Saya hanya sempat melakukan tugasan tersebut di 4 buah sekolah sahaja kerana terpaksa melakukan ujian tersebut bersendirian. Mujur dibantu oleh beberapa orang guru di sekolah yang dilawati.
Walaupun permintaan untuk saya membuat saringan VMI banyak diterima, terpaksa ditangguh sementara kerana terpaksa menghadiri kursus di Negeri Pahang.
perbandingan tangan lelaki yang berusia 44 tahun (bawah) dengan tangan murid berusia 9 tahun (atas)
Saya tertarik dengan seorang murid ini yang mengalami masalah kulit sebagaimana gambar yang dilihat. Diharapkan jenis penyakit murid ini dapat dikenali dan mempunyai harapan untuk sembuh.
Menurut guru sekolah tersebut, murid ini telahpun dirujuk ke hospital kerajaan tetapi keadaan kulit murid ini masih belum menampakkan hasil yang memuaskan.
Di bahagian badan murid ini kelihatan seperti bersisik. Yang peliknya tiada pula kesan serupa di bahagian muka.
Murid ini sering mengalami keadaan yang tidak selesa apabila menjelang tengahari. Menurut gurunya murid ini akan mengalami gatal-gatal di bahagian badannya yang sudah tentu akan mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas. Murid ini diklasifikasikan sebagai "slow learner".
Che Alias: Besut, Terengganu.
Che Alias: Besut, Terengganu.