
Salah seorang pelajar tahun akhir audiologi menyambut kedatangan kami dalam menyempurnakan tugasan kumpulan kami di klinik Audiologi.

Bersama En. Zamri: Final Year Audiology Student tajaan JPK-KPM, di antara yang banyak membantu kami ketika di bilik ABR.

Di bilik Audiology HUSM Kubang Kerian.

Demontrasi penggunaan cara penggunaan alat di bilik audiologi. En Anuar (berbaju merah) tu sebenarnya adalah seorang guru yang sambung belajar dalam bidang audiologi di HUSM Kubang Kerian. Beliau kini di tahun akhir.

Menunggu Supervisor di ABR Room HUSM.
Mempraktikkan teknik menggunakan otoskop untuk melihat kondisi Ear Canal dan tympanic Membrane. Mula-mula agak kekok juga kerana pertama kali menggunakannya. Sebelum ini sudah sekian lama terbiasa pegang marker pen, ballpen dan kapur.
Merekodkan maklumat pemeriksaan di komputer.
Mr. Peripatetik dengan doktor pelatih sewaktu sama-sama membuat observasi ujian pendengaran ke atas dua orang pelajar di bilik audiologi HUSM. Kami sama-sama membuat observasi meskipun kami tidak serumpun jabatan. Jaraknya seperti antara dua benua tapi hakikatnya kami satu hala mempelajari benda yang sama.

Anatomi Telinga yang perlu difahami dan diingat oleh GP untuk memudahkan kami memahami kuliah seterusnya. Istilah-istilah medical di anatomi ini kini bukan lagi bunyi yang asing kepada kami. Apapun bukan mudah untuk menghafal setiap satunya secara spesifik.

Hearing Chat ini juga perlu difahami betul-betul kerana ianya adalah antara bahan yang sinonim dengan bidang audiologi. Kami diperjelaskan di bilik kuliah bagaimana menafsir HC ini oleh para audiologis yang mengajar kami.
No comments:
Post a Comment