Saturday, April 18, 2009

Program Screening Murid Daerah Besut



Rombongan Guru Peripatetik K12 dan kumpulan Jabatan Otorinolaringologi serta unit Occupational Theraphy, USM, Kubang Kerian seramai 34 orang telah mengadakan program screening untuk murid-murid sekolah daerah Besut, Terengganu pada 16hb April 2009 di SK Pulau Perhentian.

Program saringan ini bertujuan untuk mengesan pelajar-pelajar yang masih belum menguasai kemahiran 2M (membaca & menulis) di peringkat sekolah rendah disebabkan ketidakupayaan individu yang tidak dikenal pasti secara fizikal. Selain dapat mengenal pasti kanak-kanak dengan keperluan khas yang mungkin berada di sekolah.

Murid-murid yang dikenal pasti berkeperluan khas melalui saringan ujian yang dijalankan di sini akan dirujuk kepada pakar-pakar yang berkenaan di HUSM, Kubang Kerian atau mana-mana hospital yang paling dekat yang mempunyai tenaga kepakaran yang berkaitan.

Gabungan beberapa bidang profesional seperti Kumpulan Guru Peripatetik, Unit Audiologi, Unit Terapi Cara kerja dan Unit Terapi Pertuturan & Bahasa, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian dalam kerangka program ini menjadikan misi ke Pulau Perhentian menjadi lebih dinamik dan berfungsi.

Peranan yang dimainkan oleh Prof. Dr, DinSuhaimi Sidek, En. Che Ismail Che Lah; Pegawai Sains di Jabatan ORL selaku penasihat program dan Cik Rosmawati Aman, Pengetua Kursus KGPKK K12, berjaya merealisasikan perancangan program ini yang dirangka semenjak Mac 2009 menjadi realiti.


Che Alias Che Yusoff; dilantik sebagai Pengarah Program untuk melancarkan perjalanan tentatif di Pulau Perhentian. Program luaran sebegini merupakan program kedua selepas Seminar Disleksia yang telah berlangsung 13hb.April yang lepas.

Program ini turut disertai beberapa orang pelajar tahun akhir Patologi pertuturan bahasa USM dan pelajar Ocupational Therapy yang sedang menjalani praktikal di HUSM.

Rombongan bertolak dari Terminal Pelancongan Kuala Besut ke lokasi dengan menaiki bot laju. Perjalanan mengambil masa selama hampir setengah jam untuk sampai ke Pulau Perhentian.


Kumpulan Guru Peripatetik USM-KPM yang merancang program ini kelihatan ceria ketika diperjalanan. Melihat keindahan panorama Laut China Selatan di perairan pulau sekitar di perjalanan amat mengujakan. Menyusuri keindahan alam yang dikatakan antara yang tercantik di dunia.


Prof. DinSuhaimi Sidek -Pakar Bedah ENT (paling kiri), Cik Rosmawati - Pengetua (3 dari kiri), En Syahrulikram -Patologi Pertuturan & Bahasa(k4 dari kiri), En. Asri Dollah - Jurupulih Cara Kerja (k-2 dari kanan), En. Ismail Che Lah - Pegawai Sains di Jabatan ORL, USM (paling kanan) bersama Che Alias - Guru Peripatetik KPM, pelajar USM dan UITM.




Melalui program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman secara praktikal kepada peserta untuk membentuk kualiti diri dalam bidang masing-masing. Dalam masa yang sama pelajar-pelajar sekolah yang dijadikan sampelan akan mendapat menafaat yang besar.

Hari I

Sekitar program screening yang dijalankan di SK Pulau Perhentian:

Sebaik sahaja 3 bot yang membawa rombongan ini sampai di jeti Pulau Perhentian, kami disambut oleh wakil penduduk yang kami panggil "Ayah Ngah". Kami terpaksa bergegas ke lokasi untuk memulakan program supaya progress masa dapat ditepati. Setibanya di sekolah, GB SKPP En. Kamarudin bersama guru-guru sekolah sedia menanti untuk menyambut kami. Selepas penerangan ringkas disampaikan oleh PPS. Ujian induk segera dimulakan.

Bahang panas di pulau ini mula dirasai oleh semua ahli rombongan tetapi itulah cabaran yang terpaksa ditempohi ketika di sini.

Ujian induk terpaksa dibahagikan kepada dua berdasarkan tahap murid. Ujian induk dijalankan di kantin dan ujian lanjutan di bilik-bilik yang disediakan oleh pihak sekolah.


En. Aziz (G.Peripatetik) sedang membantu menerangkan apa yang murid-murid perlu buat sebelum program screening yang menggunakan modul KPM dimulakan.

Ujian saringan induk-modul KPM sedang dijalankan untuk mengenal pasti sasaran murid sebelum mereka menjalani ujian seterusnya. Saringan ini dipantau oleh En. Asri Dollah; Occupational Therapist, USM .



Prof Dr. Din Suhaimi Sidek (Penasihat program-Pakar Bedah ENT) sedang memantau ujian audiologi yang dijalankan oleh unit audiologi. Beberapa kes murid yang mengalami masalah pendengaran telah berjaya dikesan dan mereka perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan susulan.



Mengejutkan apabila kami berjaya mengesan seorang murid yang mengalami masalah gangguan pendengaran akibat terdapat serangga yang mati di dalam telinga yang dibiarkan. Mujurlah Prof. DinSuhaimi Sidek (Pakar Bedah ENT) berjaya menggunakan kepakarannya untuk mengeluarkan bendasing itu dari telinga murid berkenaan.

En. Syahrulikram pula sentiasa memantau ujian yang dilakukan oleh petugas di bawah unit Patologi Pertuturan dan Bahasa.

Pelajar menjalani ujian saringan di unit Patologi Pertuturan dan Bahasa.


Kemudian pelajar diwajibkan menjalani ujian Occupational Therapy (OT) yang dipantau oleh En. Asri Dollah.

Pelajar OT-UITM turut membantu mengendalikan ujian dari unit OT di SKPP kali ini.

15 Guru Peripatetik K12- USM-KPM perintis program di sini sempat mengabdikan kenangan bersama banner program dan En Che Ismail Che Lah (penasihat program).


Sebagai tanda ingatan Prof. Dr. DinSuhaimi Sidek-Penaung Program mewakili USM sedang menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Kamaruddin; Guru Besar SKPP sambil disaksikan oleh Che Alias Che Yusoff-Pengarah Program Screening Pulau Perhentian.

Mengabadikan kenangan bersama GB Sek. Keb. Pulau Perhentian.

Daripada ujian saringan yang dilakukan ke atas murid-murid SKPulau Perhentian, di dikenalpasti seramai 17 orang murid mengalami masalah yang boleh menyebabkan gangguan kepada proses pembelajaran mereka di sekolah. Murid-murid ini dinasihatkan untuk dirujuk kepada pakar yang berkaitan untuk perawatan lanjutan.

Tindakan susulan perlu diambil segera supaya intervensi awal dapat dilakukan. Dengan harapan mereka akan dapat mengikuti pembelajaran di sekolah seperti rakan-rakan mereka yang lain.

Sewaktu rombongan berhenti rehat, terdapat beberapa orang penduduk pulau datang merujuk masalah anak-anak mereka yang bermasalah dalam pertuturan dan pendengaran kepada kami. Beberapa tips dan nasihat diberikan kepada mereka kerana kes-kes yang dikemukakan itu memerlukan rujukan lanjut di hospital. Ramai di kalangan mereka berharap rombongan kami datang kembali dengan tempoh masa yang lebih panjang untuk membuat pemeriksaan.

Selepas menyempurnakan tugasan saringan di SKPP, rombongan sekali lagi menaiki bot menuju ke tempat penginapan yang terletak di Pulau Perhentian besar.



Menghilangkan stress apabila melihat laut luas terbentang di hadapan. Terapi water surface confident perlu dilakukan.


Sebelah malam, Prof. Dr. DinSuhaimi menjadi moderator untuk sesi Ceramah Motivasi " Ibadat dalam pekerjaan" untuk semua ahli rombongan pada sebelah malam hari pertama kami di Pulau Perhentian.

Dr. Hani jemputan khas untuk sesi motivasi ini sedang menyampaikan ceramahnya.

Meskipun makan malam yang disediakan bersama seafood BBQ hanya di beranda penginapan, ianya tetap menyelerakan.

Menjamu selera secara beramai-ramai dengan kemudahan dan hidangan yang terhad tetap gamat gumpita dan menyelerakan.

Selepas slot motivasi, aktiviti tambahan kreatif dijadikan kreativiti. Sand Therapy ditepi laut oleh peserta menjadikan malam pertama di sini sendat dengan sesuatu yang bermanafaat.



En Asri dan En. Aziz dengan rela hati mengizinkan diri menjadi bahan sampelan dalam Sand Therapy. Hanya mereka berdua sahaja yang berani untuk menikmati kehebatan kekuatan pasir pantai mencekam badan mereka sewaktu sesi ini dilakukan. Yang lain hanya berani tengok

HARI II

Awal pagi yang tenang dan nyaman di pantai bertukar menjadi ceria dan meriah apabila sesi Fat Burning dimulakan dengan penunjuk cara dari pelajar OT-UiTM. Nampak simple tapi cukup memenatkan. Tiba-tiba lagu "poco-poco" dan "Chicken Dance" berjaya menjadi daya tarikan yang gamat.





Sesi "Water Confident" yang memerlukan kecekalan dan kekuatan minda untuk berada di dalam air laut. Masih ada yang tidak mampu untuk memulihkan keyakinan diri ketika berada di dalam air dan memerlukan bantuan fasilitator. Bagi mereka yang berkemahiran tentulah suatu yang menyeronokkan kerana dapat menerokai khazanah di dasar lautan yang indah dan menghayati kebesaran ciptaan Illahi.


Sebelah malamnya pula Sesi EQ diadakan selepas makan malam. Ianya dijalankan diberanda kediaman baru kami di Suhana Guest House. Sesi ini dikendalikan oleh Prof. DinSuhaimi dan Dr. Hani. Yang menarik dari keberkesanan sesi ini, hinggakan ada peserta yang tidak mampu menahan sebak menyebabkan terburainya air mata tanpa disedari.


Hari ke III

Sempat berkonklusi sebelum menanti detik kepulangan.

Ayah Ngah(kiri), Che Alias dan En. Hasnor (Kanan), Setiausaha Program Saringan ini yang sentiasa cool walaupun bahang di pulau ini cukup membuatkan kita menjadi lebih memahami erti bersabar dan kesabaran.

Pink Colour yang mencuit hati. Mungkin debaran setelah melihat klip video "paru-paru yang melarikan diri" yang dipertontonkan oleh Dr. Hani dalam sesi motivasi masih segar dalam ingatan.

Sebelum berangkat pulang kami sempat untuk meninggalkan pulau yang dikatakan antara tercantik di dunia dengan bergambar beramai-ramai.



Rombongan menikmati jamuan Nasi Dagang Mak Jah - Nasi Dagang Versi Terengganu sponsored by Pengarah Program sebelum bertolak balik semula ke kampus USM di Kubang Kerian.


Giant Lizard yang cetuskan kontroversi di kalangan peserta wanita menjadi kenangan manis dalam misi ke Pulau Perhentian

No comments:

Post a Comment