Thursday, May 7, 2009

Majlis Penyampaian Sijil Peripatetik Kohot 12




Semua peserta kursus bidang peripatetik memenuhi keperluan untuk mengabdikan hari-hari terakhir setelah 3 bulan bersama. Bersama dengan VIP USM dan VIP BPK, kenangan itu diabadikan sebagai tanda berakhirnya kursus peripatetik ini dan semoga ianya akan kekal lestari di nota sejarah guru peripatetik negara.


Tanda ingatan dari Jabatan ORL, USM kepada tetamu khas dari BPK Putra Jaya yang disampaikan oleh Dr. Rashdan, Ketua Jabatan ORL-USM Kubang Kerian. Tanpa inisiatif kedua pihak sudah tentu kelahiran generasi guru peripatetik negara akan mengalami kerencatan. Hubungan mesra dua hala antara 2 genre pengkhususan ini dilihat sebagai pemangkin kearah untuk menjadikan pendidikan negara berada di aras katogeri bertaraf dunia.

Cenderahati Peripatetik untuk Jab. ORL yang akan ditatap selamanya bagi mengenangkan kohot ke 12 ini telah disampaikan oleh Y.Bhg En Mohd Asri (Pengarah Kumpulan) kepada Y.Bhg Prof.Dr. Din Suhaimi Sidek; Penaung Kursus ini.

Sebagai kenangan daripada kumpulan guru peripatetik yang dikatakan paling agresif dalam membentuk budaya kreatif mengilhamkan dimensi baru kelahiran peripatetik berversi yang dibanggakan.


Hasnor Rizal menerima sijil & Cenderahati daripada Tetamu VIP sebagai penganugerahan rasmi melayakkannya kini bergelar guru peripatetik negara.

Senyuman CL sebagai tanda kegemilangan dan kejayaan untuk melengkapkan kursus peripatetik dengan cemerlang. Bergadingan dengan rakan-rakan lain untuk memulakan kerjaya guru dalam bentuk dimensi yang berbeza dengan apa yang pernah dirasai.


Sebagai tanda ukhuwah sebagai kumpulan yang gemilang, Pn. Farah dengan tema "Budaya Sekebun Bunga" sedang menerima cenderahati daripada CL.


Suasana harmoni di majlis konvokesyen peripatetik Kohot ke 12. Sementara menanti set hidangan disajikan.

Kesempatan bergambar dengan Y.Bhg. Prof Dr. DinSuhaimi Sidek; Penaung KGPKK Kohot 12 merangkap Pakar Bedah ENT yang banyak membuat transformasi ilmu kepada kesemua guru peripatetik. Hanya terkilan tidak dapat melihat prof. Din membuat pembedahan koklea di bilik bedah tempohari kerana masalah masa. Hanya itulah peluang yang sukar untuk ditemui lagi di masa depan. Kecuali semua guru peripatetik kembali semula di sini untuk mengikuti pengajian perubatan.

Berebut untuk bergambar bersama dengan Y.Bhg. Cik Puan Pengetua Kursus Peripatetik Kohot ke 12. Orang yang sentiasa dinamik dan berilustrasi dalam memastikan perjalanan kursus ini menepati keperluan sebagai guru peripatetik dalam jangkamasa 3 bulan.


Sesi memperkenalkan saiz pakaian. Peluang diberikan kepada mereka yang sentiasa dihidangkan menu yang lazat setiap hari. Dan juga memberikan mereka peluang untuk mengintegrasikan diet dengan kekuatan mental.


CL, Dr. Nik Fariza Husna, Cik Azlinda dan Dr. Azizah. Keempat katogeri bidang yang berbeza. Menceriakan suasana Majlis meraikan guru peripatetik.


Malam anugerah yang juga turut dihadiri oleh tetamu dari luar negara. Suatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sebagai tanda penghormatan kepada kumpulan ini yang dikatakan kohot yang paling aktif.


Tiga Ratu Mak Dara dari unit Audiologi tidak melepas peluang untuk mengusik CL yang terkenal dengan sikap bersahajanya. Mungkin "ole-ole : Giant Lizard" di Perhentian Island sentiasa dalam ingatan.


3 A' : Alias, Asri dan Asri.


Antara tetamu VIP yang hadir. Antaranya Dekan & Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, Pengarah Caw. Latihan & Khidmat Bantu BPK, Ketua Jabatan Otorinolaringology USM.

Di antara tetamu jemputan yang hadir yang terdiri daripada pensyarah dan pakar perubatan.




En. Asri Dollah, OT HUSM tersohor yang sentiasa jadi tumpuan lensa kamera peripatetik.

Bersama dengan En Rahman Darus; Pen.Pengarah Caw. Latihan & Khidmat Bantu, BPK.


Masih kekal ceria dan setia tersenyum rakan sekuliah antara Mohd Asri & Arzeni


Ratu Totallife; Pn Azma dengan hubbynya ; Asri


Pn Zurina agak pendiam sikit malam ini. Mungkin hubby ada kat sebelah kot?


Eh..eh ye ke kakak Siti Norhaliza dengan Abang Aziz tu..?


Hasnor Rizal yang hampir berbaju sedondong dengan menantu emaknya. Senyuman mereka berduapun hampir serupa.


Hmmm... sapa di sebelah CL ni?

Abang Haji dengan akak bakal Hajah yang tetap ceria menikmati course by course hidangan malam ini.


Bukan senang nak tengok senyuman dari Miss Bollywood ini.


Style En Fadzir (audiologist) macam di Malam Anugerah AIM...


En. Che Ismail Che Lah, Setiausaha kursus yang mangli dengan sikap proaktif peserta kursus kali ini.


Peserta terbaik kursus bersama dengan suaminya. Farah malam ini siap memperagakan fesyen tradisional bertemakan "Cik Siti Wan Kembang Anggun di Taman Sekebun Bunga"


Memperkenal Hero & heroin filem bollywood arahan Amitab Baachan akan datang.


Amboi...nampak ceria dan gembiranya Cik Roza. Tak tanya orang sebelah produk fruit fiber bila nak keluar?


Lepas ini jumpa di Majlis Pelancaran "Blackstud Cappuccino" plak. Tanyalah CL bila nak lauch? Ramai yang menanti Produk herba terhebat yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat yang dirumus khas oleh pakar herba GHR.

Cik Suhana ni menang anugerah apa yea?

Monday, May 4, 2009

Candid Memori Berpanjangan


Amboi mak... posing habis akak nih. Jelingan macam abby abadi. ini pesen posing ala cik-kuuu-cak atau ada masalah ketegangan murcle kat leher?

"Aduh mak oi... seksanya dah tua-tua pun kena buat cam ni. Betul ke dak ni terapi pertuturan?. Macam terapi ketuk ketampi fisioterapi je.. lantaklah! janji lepas ni suara aku makin merdu"


Cover depan majalah Lelaki edisi bulan depan. Jangan lupa model tampan Bukit Sagil ni.


Ini pula cover depan majalah Intrend minggu depan.


Menjengok di sebalik tingkap buatan sendiri di ORL. Agak-agak boleh jadi model tingkap tak?


Jangan salah persepsi. Ini bukan untuk iklan mana-mana kilang ubat gigi.


"Wa datang dua olang maa.... itu olang sudah hilang ooo..."

"haiya...wa sudah cakap wa datang dua olang..maa!!!,,,,,,masih tak percaya kaa?"


Fulamak.... kalau tak takut lagi tak tahulah nak buat camana.


Senyuman mengikut skill terapi pertuturan macam ini rupanya.


Tak kan kena teh o pun dah berkerut dahi dan terpeliut. Tertelan tea o garam barangkali!... tertukar garam dengan gula.


Gelagat bakal pemandu Bas USM yang masih belum lulus ujian lesen PSV kerana perlu merujuk ke optometris terlebih dahulu. Nasib baik rombongan selamat sampai balik semula ke USM.


Ni nak pergi ke pulau ke... atau nak pergi umrah?


Prof Dr. Din dan Dr. Hani sedang mencuba kaedah baru untuk mendapatkan bekalan gas oksigen yang betul ketika berada di atas bot.


"Dengar sini semua sekalian yang ada. Saya dengan Arwah Ahmad Nisfu tiada kaitan sedara mara...tau. Lepas pengakuan ini saya tak akan melayan lagi permintaan mana-mana pihak yang hendakkan sign autograf...Please, jangan ko orang tersilap lagi. Ahmad Nisfu tu pelakon, saya ni OT....kat HUSM..."


Gadis Ireland di Perhentian Island teringat masa main ski di musim salji. Janji nampak pakai lebih kurang sama... kira oraitlah tuh.


Jejaka yang sedang menunggu dipinang. Hajat belum kesampaian walaupun hampir setahun memeluk tiang. Harap masih ada yang sudi....


Cara memberi makan kepada ikan di laut mengikut kaedah genetika baru yang sedang diperkenalkan untuk praktikal nelayan pesisir pulau.


Betul ke ada fakta mengikut salasilah audiologis yang mengatakan sebelum berenang perlu ada exercise macam helang terbang.


Betul ke anak dia orang nih? Tertukar baby kot. Atau ada masalah genetik. Kena check balik DNA dia orang nih untuk menentukan yang mana satu ibu sebenar?


Guiness book of record. Tarik bot dengan sebelah tangan sahaja.


Gaya senyuman mengikut teori speech therapist. Manja dan ayu gitu..


Lirik senyuman semacam je.. Menang Loteri ke? Senyuman tanda akan berakhir kehidupan berjauhan.


Aduh sayunya tengok....Style puteri ikan duyung putus kasih di pulau tak berpenghuni hidup kesepian tak berteman. Kemarau kasih berpanjangan di pantai menanti hadir sebuah kebahagiaan yang tak datang menjelang.