

Semua peserta kursus bidang peripatetik memenuhi keperluan untuk mengabdikan hari-hari terakhir setelah 3 bulan bersama. Bersama dengan VIP USM dan VIP BPK, kenangan itu diabadikan sebagai tanda berakhirnya kursus peripatetik ini dan semoga ianya akan kekal lestari di nota sejarah guru peripatetik negara.

Tanda ingatan dari Jabatan ORL, USM kepada tetamu khas dari BPK Putra Jaya yang disampaikan oleh Dr. Rashdan, Ketua Jabatan ORL-USM Kubang Kerian. Tanpa inisiatif kedua pihak sudah tentu kelahiran generasi guru peripatetik negara akan mengalami kerencatan. Hubungan mesra dua hala antara 2 genre pengkhususan ini dilihat sebagai pemangkin kearah untuk menjadikan pendidikan negara berada di aras katogeri bertaraf dunia.

Cenderahati Peripatetik untuk Jab. ORL yang akan ditatap selamanya bagi mengenangkan kohot ke 12 ini telah disampaikan oleh Y.Bhg En Mohd Asri (Pengarah Kumpulan) kepada Y.Bhg Prof.Dr. Din Suhaimi Sidek; Penaung Kursus ini.
Sebagai kenangan daripada kumpulan guru peripatetik yang dikatakan paling agresif dalam membentuk budaya kreatif mengilhamkan dimensi baru kelahiran peripatetik berversi yang dibanggakan.
Hasnor Rizal menerima sijil & Cenderahati daripada Tetamu VIP sebagai penganugerahan rasmi melayakkannya kini bergelar guru peripatetik negara.

Senyuman CL sebagai tanda kegemilangan dan kejayaan untuk melengkapkan kursus peripatetik dengan cemerlang. Bergadingan dengan rakan-rakan lain untuk memulakan kerjaya guru dalam bentuk dimensi yang berbeza dengan apa yang pernah dirasai.
Sebagai tanda ukhuwah sebagai kumpulan yang gemilang, Pn. Farah dengan tema "Budaya Sekebun Bunga" sedang menerima cenderahati daripada CL.
Suasana harmoni di majlis konvokesyen peripatetik Kohot ke 12. Sementara menanti set hidangan disajikan.
Kesempatan bergambar dengan Y.Bhg. Prof Dr. DinSuhaimi Sidek; Penaung KGPKK Kohot 12 merangkap Pakar Bedah ENT yang banyak membuat transformasi ilmu kepada kesemua guru peripatetik. Hanya terkilan tidak dapat melihat prof. Din membuat pembedahan koklea di bilik bedah tempohari kerana masalah masa. Hanya itulah peluang yang sukar untuk ditemui lagi di masa depan. Kecuali semua guru peripatetik kembali semula di sini untuk mengikuti pengajian perubatan.
Berebut untuk bergambar bersama dengan Y.Bhg. Cik Puan Pengetua Kursus Peripatetik Kohot ke 12. Orang yang sentiasa dinamik dan berilustrasi dalam memastikan perjalanan kursus ini menepati keperluan sebagai guru peripatetik dalam jangkamasa 3 bulan.
Sesi memperkenalkan saiz pakaian. Peluang diberikan kepada mereka yang sentiasa dihidangkan menu yang lazat setiap hari. Dan juga memberikan mereka peluang untuk mengintegrasikan diet dengan kekuatan mental.
CL, Dr. Nik Fariza Husna, Cik Azlinda dan Dr. Azizah. Keempat katogeri bidang yang berbeza. Menceriakan suasana Majlis meraikan guru peripatetik.
Malam anugerah yang juga turut dihadiri oleh tetamu dari luar negara. Suatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sebagai tanda penghormatan kepada kumpulan ini yang dikatakan kohot yang paling aktif.
Tiga Ratu Mak Dara dari unit Audiologi tidak melepas peluang untuk mengusik CL yang terkenal dengan sikap bersahajanya. Mungkin "ole-ole : Giant Lizard" di Perhentian Island sentiasa dalam ingatan.
3 A' : Alias, Asri dan Asri.
Antara tetamu VIP yang hadir. Antaranya Dekan & Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, Pengarah Caw. Latihan & Khidmat Bantu BPK, Ketua Jabatan Otorinolaringology USM.
Di antara tetamu jemputan yang hadir yang terdiri daripada pensyarah dan pakar perubatan.
En. Asri Dollah, OT HUSM tersohor yang sentiasa jadi tumpuan lensa kamera peripatetik.
Bersama dengan En Rahman Darus; Pen.Pengarah Caw. Latihan & Khidmat Bantu, BPK.
Masih kekal ceria dan setia tersenyum rakan sekuliah antara Mohd Asri & Arzeni
Ratu Totallife; Pn Azma dengan hubbynya ; Asri
Pn Zurina agak pendiam sikit malam ini. Mungkin hubby ada kat sebelah kot?
Eh..eh ye ke kakak Siti Norhaliza dengan Abang Aziz tu..?
Hasnor Rizal yang hampir berbaju sedondong dengan menantu emaknya. Senyuman mereka berduapun hampir serupa.
Hmmm... sapa di sebelah CL ni?
Abang Haji dengan akak bakal Hajah yang tetap ceria menikmati course by course hidangan malam ini.
Bukan senang nak tengok senyuman dari Miss Bollywood ini.
Style En Fadzir (audiologist) macam di Malam Anugerah AIM...
En. Che Ismail Che Lah, Setiausaha kursus yang mangli dengan sikap proaktif peserta kursus kali ini.
Peserta terbaik kursus bersama dengan suaminya. Farah malam ini siap memperagakan fesyen tradisional bertemakan "Cik Siti Wan Kembang Anggun di Taman Sekebun Bunga"
Memperkenal Hero & heroin filem bollywood arahan Amitab Baachan akan datang.
Amboi...nampak ceria dan gembiranya Cik Roza. Tak tanya orang sebelah produk fruit fiber bila nak keluar?
Lepas ini jumpa di Majlis Pelancaran "Blackstud Cappuccino" plak. Tanyalah CL bila nak lauch? Ramai yang menanti Produk herba terhebat yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat yang dirumus khas oleh pakar herba GHR.
Cik Suhana ni menang anugerah apa yea?
No comments:
Post a Comment