Tuesday, March 17, 2009

Di Klinik Pertuturan

Pengalaman melakukan observasi di klinik Speech-Language Theraphy merupakan pengalaman baru apabila berpeluang melihat pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan untuk menjalani proses terapi. Pengalaman ini boleh diadaptasikan kepada peripatetik apabila kembali ke dalam masyarakat pendidikan semula.

Cik Aimi dari KK ; 2nd Year Patologi SL Student
Bilik yang sesuai untuk proses ini adalah penting sebagai stimulasi psikologi ke atas pesakit. Kondusif- Istilah yang lebih tepat untuk sesi terapi ini.


Sebelum pesakit sampai, bahan bantu dan peralatan yang sesuai akan dipastikan berada di dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan sebagaimana yang dilakukan oleh pelajar Patologi SL-USM; Cik Natrah ini; yang menguji bahan stimulasi membunyikan /o/. Teori yang dipelajari hanya akan berkesan bila disusuli dengan latihan praktik sebelum dilabel sebagai efisiensi.

Selain itu peralatan elektronik juga digunakan untuk melihat kembali keberkesanan sesi yang dijalankan.


Salah seorang pelajar Patologi SL ; Cik Sarah, yang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan pesakit di klinik SLT dengan senyuman menawan. Sesungguhnya senyuman itu adalah sedekah yang terpuji. Dengan senyuman begini, pesakit yang datang tentu pulangnya semakin sembuh.


Proses terapi sedang dijalankan dengan kehadiran ibu kanak-kanak.


Sewaktu sesi terapi dilakukan, kami berada di bilik observasi bersama dengan pelajar-pelajar Patologi SL-USM yang lain. Walaupun suasananya agak gelap di bilik ini, namun mereka masih mampu tersenyum untuk memberi posing yang menarik bila mengetahui lensa kamera kami menghala kepada mereka. Fotogenik gitu!..



Selepas sesi observasi, kami akan berbincang dengan supervisor untuk menganalisis dapatan hasil pemerhatian proses tersebut. Hasil perbincangan ini akan dibentang dalam satu sesi khas. Proses Viva sebelum graduat.

No comments:

Post a Comment