Pada 26hb Mac, semua kumpulan peripatetik dijemput untuk ke rumah En. Che Ismail-Pegawai Sains di PPSP-ENT. Selepas kuliah semua peripatetik bergegas ke rumah En Ismail untuk memenuhi jemputan tersebut. Seronok kami menikmati pelbagai lauk pauk citarasa negeri Kelantan yang dihidangkan.
Bagaimanapun hanya uncle dan auntie ini sahaja yang buat lawak. Berbatik sedondon. Tak sangka pula boleh sedondon hari ini.
En. Mail pula sentiasa tersenyum sahaja di sepanjang kehadiran kami. Seronok melihat pelbagai telatah peripatetik yang mula menikmati kehebatan citarasa budu kelantan, ikan panggang tawar dengan ulam segar dari taman Sekebun Bunga.
No comments:
Post a Comment