Friday, March 13, 2009

Sejenak Bersama Pn. Norlela


Menurut Puan Norlela dalam temuramah ekslusif dengannya baru-baru ini, beliau menyatakan Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.


Menurut Puan Norlela lagi mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Puan Norlela menegaskan bahawa masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Puan Norlela berharap masyarakat tidak membuat tanggapan yang salah terhadap golongan kanak-kanak ini kerana Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Menurutnya daripada kajian-kajian yang telah dibuat, mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Eh..eh apa pulak dalam baju ni....? Laa kenapa mikrofon aku taruk kat belakang pulak. Aduhhh! rosak temu ramah ekslusif aku ni...

No comments:

Post a Comment