
Dalam sesi temu bual dengan Pn. Nor Azma, seorang yang mahir mengendalikan pelajar dalam katogeri autisme telah menyatakan bahawa :
1/3 daripada kanak-kanak ini boleh dilatih untuk berdikari
- 1-5% menjadi biasa kembali dan boleh berdikari.
- 15% mnunjukkan kemajuan semasa remaja.
- 25% boleh bekerja dalam pengawasan rapi.
- 55% perlu pengawasan rapi sepanjang hayat.

Puan Nor Azma menjelaskan maksud autisme sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud “antos” atau diri. Maksud autisme itu sendiri adalah memaksudkan ketidak upayaan seorang kanak-kanak memahami perkara-perkara disekelilingnya selain daripada dirinya sendiri.

Menurut Pn. Azma lagi sehingga kini masih lagi belum jelas sebab musibab atau puncanya penyakit autisme ini. Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh pakar, andaian penyebab penyakit ini antaranya dikatakan berlaku kekurangan oksigen semasa kelahiran.
Juga dikatakan berpunca kerana proses kelahiran secara paksaan dan gangguan neuro transmitter dalam sistem saraf. Berlaku infleksi neurologikul. Dalam penyelidikan kesihatan terkini dikatakan antara punya autisme ini disebabkan oleh gangguan bahan kimia dalam otak yang menyekat perkembangan selain faktor genetik sebagai punca autisme.

Dianggarakan 1:500 penduduk dunia menghadapi masalah autisme terutama lelaki.

Kajian DNA, 150 pasangan adik-beradik yang hadapi masalah autisme-mendapati sebahagian daripada 2 kromosom kedua dan ketujuh mengandungi gen yang dikaitkan dengan autisme.
No comments:
Post a Comment