Friday, March 13, 2009

Eksklusif bersama Puan Farah Dilla


Puan Farah Dilla mengupas dari aspek punca-punca disleksia. Menurut kajiannya Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal.

Menurut Puan Farah lagi apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Katanya perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.


Beliau menegaskan faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial. Mengakhiri temuramah ekslusif ini, Puan Farah Dilla berharap masyarakat dapat memahami masalah disleksia di kalangan kanak-kanak hari ini supaya mereka dapat dipulihkan untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

No comments:

Post a Comment