
Haji Mohd Sayuti bin Mohd Noh atau lebih dikenali dengan panggilan "abang Mad", graduan dalam bidang pendidikan ini yang berminat dalam aktiviti Explore Race sebenarnya berasal dari Johor. Sentiasa ceria dan berketrampilan. Pakar dalam tawar-menawar ketika membeli belah. Walau tak sampai sebulan menetap di kelantan tetapi sudah menguasai loghat Kelantan dengan fasih.
Karismanya seakan tokoh bahasa tersohor. Kepetahan tutur bicaranya seperti seorang politikus yang paling tidakpun bertaraf Exco Kerajaan Negeri. Puan Norlela binti Munib dari Melaka ini adalah graduan Bahasa & Sastera dari UPSI. Beliau kini adalah Aktivis Kunyah Mengunyah yang paling aktif di sini. Pakar pemakanan yang sedang membuat kajian tentang "Peranan Kuew Tiau dan Bubur Nasi; Kesan kepada sistem pembentukan perkembangan sel otak genius"
Mr. Mohd Aziz Sa'ad merupakan salah seorang yang dijangka bakal menjulang anugerah Penulis Terbaik dalam Anugerah Bahasa & Sains apabila hasil kajian untuk Phd beliau mengenai kanak-kanak istimewa selesai dicetak dan berada di pasaran beberapa tahun akan datang. Beliau merupakan seorang Sarjana dalam bidang pendidikan khas.
Jejaka dari Kelantan ini Hasnor Rizal bin Hassan merupakan warisan KGPKK yang beriltizam dan nekad untuk kembali ke USM selepas ini untuk mendalami bidang Occupational Terapi dan mahu bergandingan dengan En. Asri Dollah. Dikenali juga antara Guru Pendidikan Khas yang mempunyai ilmu "bomoh" penghalau nyamuk yang tersohor di sini.
Yang ini Mr. Che Alias C.Y. Lebih dikenali dengan nama CL. Graduan dari UPSI dalam bidang Primary School Education, Orang Terengganu... yang akan ke Idongoto University of Tiguya, Japan; pertengahan tahun ini untuk sambung belajar lagi dalam bidang "Watagisitu".
Berkepakaran dalam Cympobogon Citratus. Kini sedang giat berusaha untuk menghasilkan produk sendiri yang berteraskan herba terbaik dari serata dunia untuk kesihatan.
Beliau juga merupakan Pengarah Program bagi "Projek Screening For Future Untuk Kanak-Kanak BerMasalah Pembelajaran" Anjuran USM-KPM di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, April 2009 nanti.
Berkepakaran dalam Cympobogon Citratus. Kini sedang giat berusaha untuk menghasilkan produk sendiri yang berteraskan herba terbaik dari serata dunia untuk kesihatan.
Beliau juga merupakan Pengarah Program bagi "Projek Screening For Future Untuk Kanak-Kanak BerMasalah Pembelajaran" Anjuran USM-KPM di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, April 2009 nanti.
Gadis pemalu yang penakut. "Ni sapa nama?..... kenapa malu-malu ni?"
Itu adalah saya.....Puan Nor Azma binti Jusoh tokeh Total Life dari Terengganu.... yang selalu ceria dan mengamalkan diet kari ekor anak ikan. Seorang graduan special education from UKM. Paling disukainya ialah sambal belacan dan popia stadium. Sentiasa ceria walau di mana berada... lebih dikenali sebagai penjalan kaki cas ligas yang paling cute di KGPKK.
Renungannya mengingatkan kita kepada artis filem "Mami Jarum". Seorang yang pendiam tetapi bila ketawa lintang pukang segala cicit pontianak. Puan Arzeni binti Jaafar berasal dari Pulau mutiara. Beliau merupakan seorang pakar penasihat Dinner diet.
Our chief of Director: Y.Bhg Tuan Mohd Asri bin Harun from the state of Kelantan. Graduan Special Education dari UKM. Penggemar kopi Guarana yang kronik. tengoklah senyumannya!... manis dan attractive! Suka pakai baju belang-belang lagi!.... nampak hensem u!
Puan Rahmah binti Arshad yakni kembar tak sama mak-ayah kepada pelakon Rosnah Johari yang cute dan jelita tu. Graduan B.Edu in Visual Arts dari UPSI, Tg. Malim ini bercita-cita untuk membuka pusat terapi bagi kanak-kanak istimewa di Bandar Seremban. Sekarang sedang mengumpul segala koleksi bahan-bahan estetika dari kelantan untuk di jadikan hiasan bilik pusat terapi beliau nanti.
Cik Rohana binti Mohd Salleh; Gadis Ireland yang memiliki M.Ed. in Edu (Special Education Needs), Ireland ni sebenarnya berasal dari Perak. Beliau sedang menghasilkan satu kajian untuk dijadikan bahan rujukan kepada PPM dan tidak lama lagi memperolehi Phdnya.
Perunding Imej cum Match-Maker KGPKK dan juga Ibu tiri kami yang paling baik hati; Puan Hajah Tuan Azlah binti Tuan Azam. Berkarisma dan berpengalaman dalam special education. Kini beliau dilantik sebagai Pengerusi Persidangan Disleksia USM yang akan diadakan pada bulan April 2009. Bakal Pengetua sebuah Tadika yang akan dibuka di Bandar Dungun tidak lama lagi.
Auntie ni memiliki Master in Social Medical Work dari UIA dan tidak lama lagi akan menambahkan bilangan anak melayu di dunia ini. Puan Farah Dilla binti Ramli ni asalnya dari Pasir Mas, Kelantan. Makanan kegemaran beliau; Mempelam muda. Sebut namanya ramai orang menyangka dia seorang daripada pelakon SPA-Q. Ramai tak menyangka sebenarnya dia merupakan bakal pelakon SPE-Sen. Drama bersiri yang baru dicadangkan untuk penulisan skripnya.
Watakushi Namae mak cik Puan Zurina binti Mat Husin ni, seorang pencinta keamanan sejagat. Peminat Amir Raja Lawak yang tegar. Merupakan Graduan dari UM dalam Japanese Language. Kini sedang menghitung hari untuk ke Nagoya Textile. Suka memiliki sesuatu dalam jumlah DUA or TWO. Tidak dipasti apakah rahsianya. "Only two...plz", "Not Two laah, that one is sign of peace..."
Mak nyonya dari Kota Bharu ini adalah Puan Ang Suat Ngai, Kerjanya hari-hari kira untung. beliau merupakan Perunding Diet KPGKK dan sedang "menurun" ilmu feng sui setiap kali kuliah waktu petang. Melihat kepada ketrampilan beliau, ramai yang menyangka beliau kelihatan seperti seorang masih perawan muda jelita. Hakikatnya; beliau adalah "Always Pretty GrandMa". Seorang yang suka tolong kawan-kawan dapatkan ubat dan herba yang mujarab.
Fuyooo.... adik manis dari Kulim, Kedah ni senyumannya sebiji macam P.Krishnakumari. Graduan Ekonomi dari UPSI yang lebih dikenali sebagai Rani Mukharjee. Tak suka bercakap tetapi kaya dengan senyuman. Bila ditanya "kenapa tak banyak bercakap?", sambil tersenyum dia menjawab..."saya tak faham apa dia orang cakap.. macam mana saya nak cakap". Yelah orang utara tinggal di Kelantan.... memang bermasalah sikit mula-mula ni. Mula menggemari "Nasi Kerabu" sehingga terlupa Nasi Kandar Berlauk Kari. Masih lagi single dan sedang mencari Salman Khan yang dilahirkan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment