Ruang legar resort kediaman para peripatetik mula menjadi hingar dan bingar apabila ianya dijadikan medan untuk menyiapkan tugasan. Semangat dan inisiatif yang bersemarak ini menjadikan resort ini yang sebelum ini sepi kian meriah dan ceria.
Elemen stress mula terbit di kalangan peripatetik. Pengalaman menangani stress dalam tugasan harian sebelum ini menjadikan stress itu seperti biskut "cheaps more".
Elemen stress mula terbit di kalangan peripatetik. Pengalaman menangani stress dalam tugasan harian sebelum ini menjadikan stress itu seperti biskut "cheaps more".
Bila semangat berkobar-kobar sudah menjalar, si anak terpaksa mencari sendiri si ibu yang tekun menyiapkan tugasan di situ. Stresspun seperti takut untuk mendekati peripatetik di sini kerana pada mereka hanyalah yang terbaik sahaja yang akan diberikan dalam presentasi akan datang.
"Tiada halangan melainkan peluang" tagline kumpulan ini. Sebarang kekurangan bukan alasan untuk tidak memberikan yang terbaik. Kelebihan bukan bermakna kehebatan yang perlu dan boleh dibanggakan.
No comments:
Post a Comment